MENGAITKAN ALAM DENGAN RELITI KEHIDUPAN.RASA KEBERTANGGUNGJAWABAN MEMIKUL AMANAH MELESTARIKAN ALAM BERLANDASKAN KEHENDAK AGAMA
Sunday, 31 March 2013
Saturday, 30 March 2013
Bahana Dari Kegagalan Pengurusan Alam
BELAJAR BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK
AEDES DAN DENGGI.
Apa yang kita perlukan ialah:
200 ml air
50 gram gula perang,
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
1 botol plastik 2-liter.
Bagaimana caranya:
1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher
2. Campurkan gula perang dengan air panas.
Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.
4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.
Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .
Nyamuk boleh membunuh!
Apa yang kita perlukan ialah:
200 ml air
50 gram gula perang,
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
1 botol plastik 2-liter.
Bagaimana caranya:
1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher
2. Campurkan gula perang dengan air panas.
Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.
4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.
Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .
Nyamuk boleh membunuh!
Saturday, 23 March 2013
REALITI SEPOHON POKOK
Alkisah seorang cucu dan pokok…
Setiap tahun, cucu Pak Ibrahim yang berusia akan melawatnya di kampung… dan di dalam dusun ada satu pokok yang ditanam bersama cucu dan Pak Ibrahim untuk kenangan bersama….
Tahun 1…
Setiap tahun, cucu Pak Ibrahim yang berusia akan melawatnya di kampung… dan di dalam dusun ada satu pokok yang ditanam bersama cucu dan Pak Ibrahim untuk kenangan bersama….
Tahun 1…
“Atuk atuk, tengok pokok ini daun lebat nampak subur… dah tinggi. Pandailah datuk tanam pokok ini…” kata cucu kepada Pak Ibrahim...
Pak Ibrahim tersenyum…
Tahun 2…
“Atuk atuk, lihat pokok kita dah lebih besar dan tinggi, daunnya makin lebat…. Atuk memang pandai jaga pokok ini…. Bila kita dapat buahnya?” tanya cucu Pak Ibrahim …
“Tahun depan Insha-Allah,” jawab Pak Ibrahim sambil tersenyum.
Tahun 3… musim kemarau menimpa…
“Atuk atuk, pokok ini nampak layu….daun pun dah gugur banyak… tak dapatlah buah tahun ini… walaupun kemarau tapi nampak masih subur... hebatlah atuk…” tanya cucu Pak Ibrahim…
“bukan atuk tak jaga…Allah yang jaga,” jawab Pak Ibrahim dengan selamba…
Tahun 4… pokok mula berbuah…
“Atuk, dah keluar buah. Atuk hebatlah… tahun lepas nampak nak mati, kita hidup kembali… pokok kita cantik lebat buah dan daun…” kata cucu Pak Ibrahim dengan gembira….
“Ya… tapi sayang… bukan hasil kerja atuk semuanya… atuk cuma melihat sahaja… sayang puji orang yang salah,” kata Pak Ibrahim….
Cucunya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Pak Ibrahim….
Pak Ibrahim juga mendirikan satu tangga untuk cucunya memanjat ke atas pokok dan di atasnya Pak Ibrahim mendirikan satu rumah pokok kecil untuk bersama cucunya untuk meminati buah segar yang dihasilkan…
Tahun 6… Pak Ibrahim meninggal dunia secara mengejut… sebelum cucunya kembali ke kampung. Akibat tidak tahan kesedihan, cucunya tidak lagi melawat pokok yang ditanam bersama datuknya…
Tahun 10… Cucu Pak Ibrahim melawat kembali dusun… dan melawat pokok yang ditanam bersama atuknya…
“Pokok ini masih subur, berbuah lebat walaupun atuk dah tiada. Atuk memang hebat tanam pokok…” bisik cucunya di hati…
Cucu Pak Ibrahim memanjat pokok itu dan berehat di rumah pokok mengenangkan kenangan manis bersama atuknya… Cucunya terlihat satu tulisan yang terpahat di dinding kayu rumah pokok tersebut…
Coretan di dinding:
Sayang,
Jadilah orang yang soleh dan ingatlah pada pokok ini untuk dijadikan tauladan hidup. Sayang selalu memuji atuk pandai menjaga pokok ini….
Sayang hanya melihat pada daun dan buah sebagai penilaian bahawa pokok itu subur, cantik tapi sayang sering terlupa bahawa yang paling kuat bekerja ialah akarnya…
Sejak kita menanam pokok ini, akar pokok ini tidak pernah berhenti bekerja mengorek tanah ke bawah mencari sumber air…. Bila musim kemarau, mereka bertahan dan terus meneruskan kerja, berkorban hidup dalam keadaan kotor, panas dan dalam supaya dahannya yang dapat berbuah dan tuannya mendapat pujian.
Akar tidak pernah meminta apa-apa ganjaran untuk dinaikkan pangkat menjadi daun, buah, rimbun dan mahupun batang yang boleh hidup dalam keadaan bersih bermandikan air hujan sekali-sekala dan tidur di waktu malam. Akar berkerja siang-malam memastikan pokoknya subur dan tuannya dipuji kerana pandai menjaga pokok….
Pengorbanan yang dilakukan akar agar satu sistem pokok dapat berfungsi dengan baik adalah sangat murni…
Atuk cuma nak bagitahu yang menjaga pokok ini ialah akarnya, bukan atuk.
Bila sayang dewasa kelak, walaupun atuk sudah tiada, ingatlah memilih menjadi akar pokok di mana-mana…
Berkorban supaya semua orang di sekeliling kita mendapat manfaat daripada usaha kita…
Inilah pengajaran daripada pokok ini yang atuk ingin sayang hayati.
Atuk tidak memberitahu lebih awal kerana sayang masih kecil… tahun ini apabila sayang balik, inilah hadiah atuk untuk sayang supaya setiap kali sayang melawat pokok ini, sayang akan mengingatkan diri untuk menjadi seperti akar pokok…
Salam sayang daripada atuk….
Atuk
Coretan di dinding rumah pokok itu ditulis sebelum Pak Ibrahim meninggal dunia.
Selepas terbaca coretan ini, cucu Pak Ibrahim menangis tersebak-sebak akhirnya faham apa yang dimaksudkan atuknya apabila berkata, ““Ya… tapi sayang… bukan hasil kerja atuk semuanya… atuk cuma melihat sahaja… sayang puji orang yang salah.”
“Atuk memang hebat….” Bisik cucunya di hati….
Diharap coretan ini dapat sedikit sebanyak memberi pemahaman kepada erti ‘pengorbanan’ dalam hidup masing-masing…
Senyum….
Friday, 22 March 2013
PENCEMARAN ALAM
Pencemaran Alam Sekitar
Supli Effendi Rahim
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Perak Malaysia
Email: sup_effendi@yahoo.co.id
Aktiviti manusia untuk
memenuhi keperluan manusia semakin bertambah dari semasa ke semasa. Aktiviti
itu dilaksanakan di laut, di darat dan di udara dan sama ada di bawah tanah.
Aktiviti yang menyebabkan pencemaran alam sekitar itu merupakan cabaran
terbesar pada abad ini dan masa mendatang tidak sahaja di malaysia tetapi diseluruh dunia. Pencemaran, ialah
masuk atau dimasukkannya mahluk hidup, zat, energi, dan/atau
komponen lain ke dalam air/udara,
dan/atau berubahnya komposisi air/udara oleh aktiviti manusia dan
proses alam, sehingga kualiti air/udara menjadi berkurangan atau tidak dapat
berfungsi lagi sesuai dengan peruntukkannya.
Pencegahan terjadinya pencemaran terhadap
alam sekitar oleh berbagai aktiviti industri/kilang dan aktiviti manusia memerlukan
pengawalan terhadap pencemaran alam sekitar. Pengawalan itu dilaksanakan dengan
menetapkan standar kualiti alam sekitar. Standar kualiti alam sekitar ialah
had kadar yang dibolehkan bagi zat atau
bahan pencemar terdapat alam sekitar dengan tidak menimbulkan gangguan terhadap
makhluk hidup, tumbuhan
atau benda lainnya.
Pencemaran terhadap alam sekitar berlangsung
di pelbagai tempat dengan laju yang sangat cepat. Beban pencemaran alam sekitar
sudah semakin berat dengan masuknya kumbahan industri dari pelbagai bahan
kemikal termasuk logam
berat.
Pencemaran alam sekitar dapat dikelaskan
menjadi:
- Pencemaran air (water pollution)
- Pencemaran udara (air pollution)
- Pencemaran tanah (soil pollution)
BERTINDAKLAH
MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Adakah kita mahu tinggal di tempat yang tercemar? Sudah
semestinya kita tidak mahu tinggal di tempat yang tercemar. Namun kita tetap
juga akan melakukan pencemaran alam sekitar. Perbuatan pencemaran alam sekitar
ini perlu dibendung dengan segera oleh semua masyarakat. Terdapat beberapa cara
yang boleh dilakukan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi pencemaran
alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa mempunyai masa yang panjang bersama
anak-anak. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah ke
dalam longkang, laut atau sungai. Selaln itu, lbu bapa perlu menunjukkan contoh
yang baik kepada anak-anak dalam menjaga alam sekitar.
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting
dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Contohnya, pihak sekolah boleh
'menasihati pelajar supaya menjaga alarn sekitar pada setiap masa. Pihak
sekolah juga boleh menganjurkan program gotong-royong untuk mencantikkan
persekitaran sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan Kempen
Sayangi Alam Sekitar agar para pelajar sayangkan alam sekitar dan tidak
melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan
peranan. Sesungguhnya, peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam
mempengaruhl minda masyarakat memang tidak dapat disangkal. Oleh itu, stesen
televisyen perlu menyiarkan gambar pihak¬-pihak yang telah mencemarkan alam
sekitar agar menjadi pengajaran kepada orang ramai. Surat khabar juga boleh
menyiarkan rencana bagi mengatasl masalah pencemaran alam sekitar.
Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani
masalah pencemaran alam sekitar. Pemimpin masyarakat mesti mengingatkan ahli
masyarakat agar sentiasa menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian. Selain
itu, pemimpin masyarakat perlu melawat persekitaran tempat tinggal masyarakat
setempat dan berusaha mengatasi pencemaran alam sekitar yang ada. Pemimpin
masyarakat juga boleh membuat program gotong-royong untuk membersihkan tempat
tinggal penduduk di kawasan jagaan mereka bagi mengatasi pencemaran alam
sekitar.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting
dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana pihak kerajaan
mempunyai peruntukan wang bagi melaksanakan program-program mengatasi
pencemaran alam sekitar. Pihak kerajaan juga boleh mendakwa pihak yang
mencemarkan alam sekitar di mahkamah agar menjadi pengajaran kepada orang lain.
Di samping Itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan Kempen Menjaga Alam
Sekitar di peringkat kebangsaan bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada
masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitar mesti diatasi
dengan segera kerana masalah ini mendatangkan pelbagai implikasi kepada
masyarakat dan negara. Semua pihak mesti bekerjasama dalam mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar. Dengan kerjasama semua plhak pasti pencemaran alam
sekitar dapat diatasi dengan baik.
RENUNG SEJENAK
Dalam menuju era globalisasi,
manusia kini lebih cenderung mengejar kemewahan dari aspek pembangunan. Bagi
mereka hanya pembangunan yang pesat sahaja dapat menjamin kemantapan sesebuah
negara. Oleh itu, di mana sahaja ada hutan tempat itu akan dikatakan mundur,
tidak membangun dan juga miskin.Tanggapan mereka ini sememangnya negatif
belaka. Sebenarnya hutan mempunyai banyak rahsia yang perlu diterokai bersama.
Rahsianya terkunci rapat bersama kehijauan dedaun, kicauuan burung dan juga
kilauan cahaya matahari. Di sini, kami ingin membuka mata dan minda anda
tentang kepentingan hutan di negara kita.
Tahukah anda bahawa hutan dapat
membantu meningkatkan ekonomi negara. Buktinya, keindahan hutan dapat menambat
kedatangan pelancong asing ke negara kita. Bayangkanlah jika purata bagi
seorang pelancong membelanjakan RM 2000 di negara kita. Berapakah keuntungannya
jika lebih 2000 pelancong datang melawat ke Malaysia?
Lumayan bukan ! Bukan itu sahaja,
dengan hasil jualan kayu-kayan yang bernilai seperti cengal, meranti dan
sebagainya tidak mustahil keuntungan yang diperoleh berlipat kali ganda
banyaknya. Namun begitu penebangan pokok-pokok ini perlulah mendapat keizinan
daripada pihak-pihak yang berkuasa terlebih dahulu.
Selain itu, hutan memberi kita
sesuatu yang paling berharga dalam hidup kita selain wang. Oksigen merupakan
sesuatu yang amat bernilai bagi hidupan di muka bumi ini. Kesudian hutan
memanipulasikan karbon dioksida dan membekalkan oksigen kepada kita sudah lebih
daripada cukup. Kenikmatan kita hidup iaitu bernafas dengan menyedut
molekul-molekul gas oksigen nyata memberikan banyak sumbangan. Sedarkah anda
bahawa kita tidak pernah berterima kasih kepada hutan dia atas sumbangan itu
apatah lagi kepada Tuhan yang menciptakannya. Alangkah egoistiknya manusia!
Lagaknya umpama tiada lagi perasaan cinta dan kasih pada alam sekitar di
sanubari. Justeru itu, kita perlulah memulakan pemuliharaan dan pemeliharaan
dari sekarang untuk kesejahteraan di masa hadapan.
Tidak cukup dengan itu,
hutan memberikan hasil yang membantu manusia dalam bidang perubatan. Banyak
penyakit yang telah dijumpai penawarnya yang bersangkut-paut dengan dengan
hasil hutan. Contohnya Tongkat Ali yang boleh mengubat dan memberikan tenaga
kepada lelaki khususnya. Antara contoh lain ialah, 25 peratus daripada
preskripsi dadah di amerika Syarikat memperoleh bahan aktifnya daripada
tumbuh-tumbuhan. Malah dianggarkan 1 400 spesis tumbuhan hutan mungkin
mempunyai potensi untuk dijadikan penawar antikanser.
Apakah yang berlaku nanti
jika hutan musnah? Di mana hendak kita cari penawarnya? Sedangkan ahli saintis
barat sudah lama mengorak langkah membuat penyelidikkan tentang tumbuhan.
Mereka kini benar-benar menghargai sumbangan hutan. Sehinggakan mereka sanggup
menghabiskan wang ringgit mereka hanya untuk menikmati dan menghayati keindahan
hutan. Mahukah kita menjadi seperti mereka? Sudah terhantuk baru nak tergadah.
Hutan sudah musnah baru hendak menghargainya.
Renungkanlah sejenak, demi masa depan kita bersama.
Renungkanlah sejenak, demi masa depan kita bersama.
Subscribe to:
Comments (Atom)








