Friday, 22 March 2013

PENCEMARAN ALAM



Pencemaran Alam Sekitar

Supli Effendi Rahim

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Perak Malaysia

Email: sup_effendi@yahoo.co.id

 

Aktiviti manusia untuk memenuhi keperluan manusia semakin bertambah dari semasa ke semasa. Aktiviti itu dilaksanakan di laut, di darat dan di udara dan sama ada di bawah tanah. Aktiviti yang menyebabkan pencemaran alam sekitar itu merupakan cabaran terbesar pada abad ini dan masa mendatang tidak sahaja di malaysia tetapi diseluruh dunia. Pencemaran, ialah masuk atau dimasukkannya mahluk hidup, zat, energi, dan/atau komponen lain ke dalam air/udara, dan/atau berubahnya komposisi air/udara oleh aktiviti manusia dan proses alam, sehingga kualiti air/udara menjadi berkurangan atau tidak dapat berfungsi lagi sesuai dengan peruntukkannya.
Pencegahan terjadinya pencemaran terhadap alam sekitar oleh berbagai aktiviti industri/kilang dan aktiviti manusia memerlukan pengawalan terhadap pencemaran alam sekitar. Pengawalan itu dilaksanakan dengan menetapkan standar kualiti alam sekitar. Standar kualiti alam sekitar ialah had  kadar yang dibolehkan bagi zat atau bahan pencemar terdapat alam sekitar dengan tidak menimbulkan gangguan terhadap makhluk hidup, tumbuhan atau benda lainnya.
Pencemaran terhadap alam sekitar berlangsung di pelbagai tempat dengan laju yang sangat cepat. Beban pencemaran alam sekitar sudah semakin berat dengan masuknya  kumbahan industri dari pelbagai bahan kemikal termasuk logam berat.
Pencemaran alam sekitar dapat dikelaskan menjadi:


                

          

     

No comments:

Post a Comment