MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Adakah kita mahu tinggal di tempat yang tercemar? Sudah
semestinya kita tidak mahu tinggal di tempat yang tercemar. Namun kita tetap
juga akan melakukan pencemaran alam sekitar. Perbuatan pencemaran alam sekitar
ini perlu dibendung dengan segera oleh semua masyarakat. Terdapat beberapa cara
yang boleh dilakukan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi pencemaran
alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa mempunyai masa yang panjang bersama
anak-anak. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah ke
dalam longkang, laut atau sungai. Selaln itu, lbu bapa perlu menunjukkan contoh
yang baik kepada anak-anak dalam menjaga alam sekitar.
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting
dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Contohnya, pihak sekolah boleh
'menasihati pelajar supaya menjaga alarn sekitar pada setiap masa. Pihak
sekolah juga boleh menganjurkan program gotong-royong untuk mencantikkan
persekitaran sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan Kempen
Sayangi Alam Sekitar agar para pelajar sayangkan alam sekitar dan tidak
melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan
peranan. Sesungguhnya, peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam
mempengaruhl minda masyarakat memang tidak dapat disangkal. Oleh itu, stesen
televisyen perlu menyiarkan gambar pihak¬-pihak yang telah mencemarkan alam
sekitar agar menjadi pengajaran kepada orang ramai. Surat khabar juga boleh
menyiarkan rencana bagi mengatasl masalah pencemaran alam sekitar.
Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani
masalah pencemaran alam sekitar. Pemimpin masyarakat mesti mengingatkan ahli
masyarakat agar sentiasa menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian. Selain
itu, pemimpin masyarakat perlu melawat persekitaran tempat tinggal masyarakat
setempat dan berusaha mengatasi pencemaran alam sekitar yang ada. Pemimpin
masyarakat juga boleh membuat program gotong-royong untuk membersihkan tempat
tinggal penduduk di kawasan jagaan mereka bagi mengatasi pencemaran alam
sekitar.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting
dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana pihak kerajaan
mempunyai peruntukan wang bagi melaksanakan program-program mengatasi
pencemaran alam sekitar. Pihak kerajaan juga boleh mendakwa pihak yang
mencemarkan alam sekitar di mahkamah agar menjadi pengajaran kepada orang lain.
Di samping Itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan Kempen Menjaga Alam
Sekitar di peringkat kebangsaan bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada
masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitar mesti diatasi
dengan segera kerana masalah ini mendatangkan pelbagai implikasi kepada
masyarakat dan negara. Semua pihak mesti bekerjasama dalam mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar. Dengan kerjasama semua plhak pasti pencemaran alam
sekitar dapat diatasi dengan baik.
No comments:
Post a Comment