Sedarkah anda bahawa terdapat banyak
impak negatif yang diperoleh hasil daripada kelalaian kita dalam menjaga hutan?
Antaranya ialah tanah runtuh. Ini kerana, ketiadaan akar pokok menyebabkan
aliran air daripada bukit khususnya tidak dapat diserap oleh akar
tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, aliran air tersebut akan terus terserap ke dalam
rongga tanah menjadikan struktur tanah tidak stabil serta mudah runtuh. Seperti
yang kita ketahui beberapa tahun dahulu terdapat kejadian di negara kita
mengalami tanah runtuh yang melibatkan beberapa pangsapuri turut runtuh iaitu
Highland Tower di Bukit Antarabangsa.
Dilaporkan beratus-ratus orang mati
dihempap bangunan tersebut. Kemalangan seperti ini masih lagi menjadi mimpi
ngeri bagi kita. Selain itu, banjir kilat juga merupakan
salah satu implikasi negatif. Ketiadaan pokok-pokok mengganggu kadar serapan
air, lantas menyebabkan banjir kilat berlaku. Sebagai contoh, Kajang. Banjir
kilat kerap berlaku di Bandar ini terutamanya di kawasan sekitar Metro Kajang.
Hal ini berlaku kerana di kawasan tersebut yang dahulunya merupakan hutan telah
ditebang dan dijalankan pelbagai pembangunan dan projek. Justeru itu, apabila
hujan, air hujan itu akan mengalir ke dalam longkang dan lama-kelamaan air
longkng itu penuh. Kemudian air longkang itu melimpah sehingga membanjiri
kawasan bawah tempat letak kereta di bawah tanah. Akibatnya banyak kereta rosak
dan barangan di kedai-kedai berhampiran rosak. Di jangka, mereka mengalami
kerugian beribu-ribu ringgit.
Di samping itu, kemusnahan hutan
juga memberikan impak yang buruk kepada flora dan fauna. Mereka kehilangan
habitat dan juga makanan. Ini menjejaskan kelancaran ekosistem bukan sahaja
negara kita malah juga dunia. Lebih teruk lagi, mereka juga akan mengalami
kepupusan. Oleh itu, tidak mustahil bahawa generasi akan datang tidak
berpeluang menikmati dan melihat keindahan flora dan fauna. Sanggupkah kita
melihat suatu hari nanti generasi masa hadapan tidak kenal apa itu labi-labi,
tapir dan sebagainya. Tidakkah kita akan berasa bersalah ketika itu kerana
aktiviti kitalah yang menjadi punca kemusnahannya. Sesal dahulu pedapatan,
sesal kemudian tidak berguna.
Implikasi lain pula ialah adalah
kemusnahan sumber perubatan. Di Malaysia amnya, ubat-ubatan yang mujarab banyak
dihasilkan daripada akar, daun dan juga tumbuhan yang berbunga. Khasiatnya
dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan juga masalah kesihatan. Antaranya
ialah Eurycoma Longifolia yang digunakan untuk mengubati sakit
gigi dan sakit buah pinggang. Ubi Keladi Murai, tacca integrifolia
digunakan untuk mengubati ruam. Jika semua sumber perubatan ini musnah negara
kita akan dilanda masalah ketiadaan sumber ubat-ubatan dan memudahkan
tersebarnya penyakit yang mungkin akan meragut beribu-ribu nyawa lagi. Tanpa
hutan hujan tropika di dunia ini pada amnya, kita akan kehilangan sumber yang
bernilai bagi mencari penemuan ubatan baru. Justeru itu, kita seharusnya
mengambil langkah berjaga-jaga agar hutan kita terus terpelihara.
Satu lagi impaknya ialah pertambahan
gas karbon dioksida dengan banyaknya. Hal ini amat membimbangkan kerana isu
kesan rumah hijau semakin meruncing pada hari ini berikutan terdapat beberapa
buah negara besar yang bersikap lepas tangan mengenai tanggungjawab mereka
terhadap alam sekitar. Pokok-pokok hijau amat penting kerana hanya tumbuhan
sajalah yang berupaya menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen
untuk kita terus hidup.
No comments:
Post a Comment