Sunday, 21 April 2013

TAZKIRAH 2




Apasal la kita malas sembahyang,
Tuhan kasi kita jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang...

Apasal la kita malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Hidup dikelilingi pulak ramai org yg kita sayang,
takkan lima minit lima waktu kita tak boleh luang..

Apasal la kita malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya kita tak jadi bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa kita tak reti kenang...

Apasal la kita malas sembahyang,
Main bola kita sanggup brtjam sampai petang,
Beli tiket konsert kita sanggup beratur panjang,
Apa la kita ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la kita malas sembahyang,
Kita kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang tautau boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la kita malas sembahyang,
siksa neraka cuba la kita bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak sapa boleh halang!!!


TAZKIRAH 3.




Kepimpinan Islam

 



   Salah satu daripada elemen penting dalam kehidupan seorang manusia adalah memimpin. Bila kita mampu memimpin diri kita ke arah syakhsiah cemerlang maka ia merupakan kejayaan bagi kita. Di samping itu, kita mesti memimpin diri orang lain agar kehidupan kita bersama manusia lain di dunia ini dapat diseimbangkan ke arah generasi Al-Quran.  

Manusia sebagai Khalifah.  

   Setiap manusia di muka bumi ini dijadikan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah. Sama ada dia memimpin diri sendiri atau orang lain, ia dinamakan sebagai khalifah. 
 
   Ayat di atas jelas menunjukan bahawa Allah SWT telah menjadikan kita sebagai khalifah atau pemimpin. Namun begitu, tidak semua mampu mentadbir dirinya dan orang lain dengan baik mengikut landasan Islam yang sebenarnya. Dunia akan kucar-kacir jika semua manusia mahu menjadi pemimpin dan enggan menjadi orang yang dipimpin atau lebih dikenali sebagai "orang bawahan". Oleh kerana  itu, Allah SWT dengan sifat bijaksananya telah mengatur dan menentukan kehidupan manusia mengikut acuan keperibadian yang asal sejak dari azali lagi. Ada 
segolongan manusia yang dilantik menjadi pemimpin, golongan lain sebagai yang dipimpin dan golongan yang mengadu-domba enggan menjadi pemimpin dan enggan dipimpin. 
 
Persediaan Sebelum Menjadi Pemimpin 

 
   Perkara utama yang perlu ditekankan sebelum melangkah memikul jawatan pemimpin ialah persediaan kita sebelum menjawatnya supaya terlaksana proses pembentukan Syahsiah Berakidah di kalangan orang bawahan. 
 
   Kita wajib membuat persediaan awal di samping menempuh berbagai ujian sebelum layak digelar Pemimpin Dunia Dan Akhirat. Dalam dunia menuju ke gerbang akhir zaman, majoriti pemimpin dewasa ini sebenarnya tidak layak memimpin lantaran diri mereka sendiri tidak terpimpin dengan pimpinan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka merupakan Pemimpin Dunia semata, mengejar kemewahan dunia, menindas orang bawahan, bertopengkan syaitan dalam menentukan hukum-hakam Islam dan seribu satu macam keburukan berupa keduniaan. Benar sabda Rasulullah s.a.w:- 
 
   Di sini jelas menunjukan bahawa pemimpin yang zalim termasuk di dalam keburukan agama. Sedangkan pemimpin akhirat tidak ramai dan boleh dikira dengan jari. 

   Terdapat banyak syarat yang menyumbang ke arah melahirkan seorang pemimpin dunia dan akhirat. Untuk memenuhi syarat-syarat ini ramai yang tewas dan kecundang kecuali beberapa orang yang sememangnya telah dipilih oleh hakim yang agung iaitu Allah S.W.T. 
 
1) Pemimpin Berilmu

 
    Ilmu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pemimpin yang unggul. Tanpa ilmu, 
pemimpin akan menjadi "lembu dicucuk hidung", hanya memimpin setelah diarah-arahkan oleh orang lain. Berapa ramai Perdana Menteri di serata dunia yang menjadi boneka. Menjadi pemimpin tetapi tidak memimpin. Warisan ilmu pengecut yang dimiliki oleh oleh para pemimpin menyebabkan mereka rela menjual maruah agama demi sesuap nasi?.  


   Maksud firman Allah SWT: "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?". Ilmu di sini merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Seorang  pemimpin yang berilmu pasti mendapat  kepercayaan masyarakat untuk menangani sebarang masalah yang menimpa negara berbanding pemimpin yang tidak berilmu. Ini adalah satu hakikat yang nyata. Kedunguan pemimpin-pemimpin masa kini dalam menyelesaikan masalah dalam negara menyaksikan campur tangan kuasa asing yang sewenang-wenangnya mengubah dasar negara hatta undang-undang sama ada peraturan negara atau agama.  

   Untuk mengubah situasi yang telah menjadi adat ini, negara kecil seperti Malaysia contohnya harus meletakkan pemimpin yang bijak dan berilmu untuk menerajui negara supaya negara kita nanti tidak "sekandang dengan lembu-lembu yang dicucuk hidung sejak sekian lama." 
 
2) Pemimpin Sebagai Idola Dan Pentazkirah  


    Di kalangan masyarakat  pertengahan, mereka lebih mementingkan seorang pemimpin yang peka dengan isu-isu dunia dan bijak bercakap hal-hal keduniaan.Tanpa disedari, kita sepatutnya "dahagakan"seorang pemimpin yang bersifat universal. Seimbang antara dunia dan akhirat. Contoh tanpa bandingan tapi patut dijadikan ikutan, Rasulullah SAW mampu menjadi pemimpin dalam masa yang sama berada di tempat yang teratas dalam pemikiran dan penampilannya kepada masyarakat dan yang paling utama kepada Penciptanya. Pemimpin adalah salah seorang idola yang selalunya diikuti jejak langkahnya oleh masyarakat bawahan.  

   Sebagai seorang pemimpin yang menjadi idola kepada masyarakat, pemimpin seharusnya memiliki akhlak yang terpuji mengikut adab-adab kemanusiaan sejagat dan lunas-lunas islami yang tulin. Ciri-ciri pentazkirah pun harus ada pada seorang ketua bahkan ciri-ciri seorang ulama'.  

   Bijak bercakap tidak semestinya boleh melakukannya secara praktikal. Oleh itu, di samping bijak 'berbahasa'dan pandai 'mentazkirah' orang lain, pemimpin harus  mengamalkan apa yang dikata. Seperti kata-kata 'cakap serupa bikin'.  

   Contoh melalui tauladan lebih merujuk kepada keperibadian seorang pemimpin dalam membentuk masyarakat pimpinannya. Jika elok acuan maka eloklah kuihnya, jika rosak acuan kuih maka tidak terbentuklah kuih seperti yang diingini. 
 
3) Sanggup Menghadapi Tribulasi Untuk Mencapai Matlamat  


   Ujian adalah satu perkara tabi'i yang pasti 'memburu' kehidupan seorang   manusia. Semakin tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t. dan di sisi masyarakat, maka semakin besar cubaan dan dugaan yang terpaksa ditempuhi. Berjaya atau gagal menghadapi mehnah perjuangan ditentukan oleh kekuatan asas yang terpasak dalam diri seseorang. Mereka yang lemah dari sudut material dan rohani terutamanya pasti akan tewas dengan mudah dan jatuh tersungkur di tengah-tengah medan perjuangan. Hanya pemimpin yang mempunyai kekuatan jiwa dan  semangat sahaja yang tetap kekal dengan matlamat yang satu walaupun tanpa kekuatan material.  “Demi sesungguh-Nya akan Kami uji kamu dengan satu cubaan, iaitu kekuatan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang sabar atas cubaan itu”.Al-Baqarah ayat 155.  

   Seperti yang telah dinyatakan, setiap manusia akan diuji. Tatkala Malaysia diuji dengan kejatuhan nilai RM, kita turut juga teruji. Bagi yang di luar kemampuan (kekurangan harta), pulang ke tanah air adalah langkah terakhir sebagai jalan penyelesain tanpa menamatkan pengajian tentunya.  

   Kita juga diuji dengan rasa ketakutan hidup di negara asing. Ketakutan yang menghantui akhawat maupun ikhwah. Azhari/ah adalah pemimpin yang bakal mencorak sebuah keluarga Islami. Di peringkat awal lagi Azhari/ah telah diuji. Belum lagi masuk ke medan masyarakat....medan politik dan umpamanya. Dasar demokrasi pilihan masyarakat majoriti sebagai pilihan yang akan diangkat sebagai pemimpin. Di serata dunia menyaksikan parti islam atau separa islami telah diuji dengan kekurangan manusia atau dikenali sebagai kekurangan 'pengundi'. Seorang pemimpin Islam yang kuat, pasti menghadapi krisis kekurangan  penyokong  yang bijaksana, manakala pemimpin Islam yang 'hangat-hangat tahi ayam' akan “gulung tikar” sebelum pilihanraya lagi.  

   Ketiga-tiga faktor di atas bakal melayakkan kita menerajui negara bahkan dunia. Tidak mustahil suatu hari nanti kita bakal menjadi polis dunia menggantikan Amerika yang mengaku berjaya memimpin dunia ke arah keamanan tetapi sebenarnya ke arah kemusnahan. Pemimpin dunia abad akan datang wajar diwarisi oleh pemimpin islam untuk 'meneutralkan' dunia sebelum menjadi padang jarak padang terkukur. Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu untuk mencipta seorang pemimpin Islam yang tulin sebagaimana yang pernah diciptakan oleh ulama'-ulama' yang terdahulu.  

Wallahu a’lam.   

 



Pelajaran merupakan aset yang paling berharga bagi diri kita dan boleh diumpamakan seperti satu pelaburan. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk mencapainya? Tepuk dada tanya selera... Baiklah, di sini ada beberapa tips kemahiran belajar.




 Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1.                 Bertenang dan melapangkan fikiran.

2.                 Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

3.                 Tidur yang mencukupi..

4.      Menjaga kesihatan diri.

5.      Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

6.      Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

7.      Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

8.      Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

9.      Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.

10.  Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.

11.  Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

12.  Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

13.  Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

14.  Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

15.  Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

16.  Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

17.  Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.

18.  Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

19.  Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

20.  Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

21.  Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.




Kaedah Belajar Berkesan

1.      Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

2.      Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

3.      Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

4.      Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

5.      Memahami apa yang dibaca.

6.      Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7.      Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8.      Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

9.      Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10.  Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.

11.  Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12.  Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13.  Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14.  Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.




(Oleh : Juiptri@tm.net.my)

Pengenalan

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan. Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

Teknik Belajar 5R-STUV

  1. Recopy                                   [salin semula]
  2. Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
  3. Recite out loud Repeatedly   [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck                                 [semak semula]
  5. Reasonnablenes                      [jawapan berpatutan/sebaliknya]

 

  1. S-sumarize           [ringkaskan nota penting]
  2. T-test your self     [uji diri anda]
  3. U-use                    [gunakan]
  4. V-visualize           [bayangkan selalu]





Teknik Belajar Secara Pembayangan

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik Belajar PV3R

  1. Preview (tinjauan awal)
  2. Question (soal diri)
  3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
  4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
  5. Review (tinjauan akhir)
  6. Sumarize (ringkaskan)
  7. Test your self (uji diri anda)
  8. Use (gunakan)
  9. Visualize (bayangkan)




Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

  1. Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

* MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG MASA BELAJAR WAKTU SUBUH.





Lain-lain masa yang perlu diurus.

  1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
  2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
  3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
  4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
  5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
  6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
  7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
  8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar   ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.




  1. Positive mental attitude & positive physical action.
  2. Air-clean air for the brain.
  3. Mental Challenges for the brain.
  4. Food for the brain.
  5. Exercise for the brain.
  6. Sleep for the brain.
  7. Meditation & power brain.







Amalan Peningkatan Daya Ingatan

  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

        AMALKAN SEMOGA BERJAYA




Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius 







Isyarat dari Nabi terlalu jelas

DENGAN selamatnya agama dan aqidah bagi kaum muslimin, maka terkawallah tanah air, harta kekayaan dan semua yang bersifat benda. Meskipun apabila Nabi s.a.w. meninggalkan Makkah dan berhijrah ke Madinah, pada zahirnya kelihatan musnah semua harta kepunyaan kaum muslimin yang ditinggalkan di Makkah. Kerana kaum muhajir tidak dapat membawa harta mereka, terutamanya harta kekal. Yang terbawasekadar perlu. Namun Hijrah Nabi s.a.w. yang bertujuan menyelamatkan agama dan aqidah, pada hakikatnya telah menyelamatkan segala-galanya. Kerana hijrah Nabi s.a.w. bukan untuk meninggalkan terus Makkah sebagai kota yang terpenting untuk Islam dan kaum muslimin. Kerana Ka'bah terletak di Makkah, tempat melontar jumrah di Mina dan Arafah. Tempat bagi umat muslimin melaksanakan ibadah haji.
Justeru itu Nabi s.a.w. telah kembali semula ke Makkah pada ketika yang lain, bagi menyelamatkan kota suci itu dari cengkaman kuffar Quraisy. Kota Makkah kembali semula ke dalam kekuasan Nabi s.a.w. dan kaum muslimin, tidak dengan kekerasan seperti yang dijangkakan oleh puak musyrikin Quraisy sendiri. Sebaliknya Nabi datang dengan damai dalam peristiwa bersejarah yang dikenali sebagai "Fat-hu Makkah" (Pembukaan kota Makkah).
Pembukaan kota Makkah bererti membuka semula gelanggang pertama yang telah tertutup bagi Islam suatu ketika dahulu, ia dibuka semula dengan kekuatan aqidah kaum muslimin di bawah pimpinan Nabi s.a.w. yang berjaya menyelamatkan agama dan aqidah mereka dari ancaman kafir Quraisy. Dengan agama dan aqidah yang begitu sempurna, memberikan suatu kekuatan yang amat digeruni oleh musyrikin Makkah. Dengan berlakunya peristiwa "Fat-hu Makkah", kota Makkah kembali ke pangkuan kekuasaan Islam tanpa menumpahkan darah.
Berbagai ancaman ketika Nabi s.a.w. berada di Makkah, hingga pada saat akhir hendak berhijrah baginda terus menjadi buruan serta menghadapi ancaman bunuh. Nabi meninggalkan Makkah secara yang amat rahsia, berdua bersama Abu Bakar As-Siddiq. Tetapi kedatangan semula Nabi melalui peristiwa 'pembukaan kota Makkah' dengan sokongan kuat ribuan kaum muslimin Madinah.
Namun kehadiran semula Nabi s.a.w. ke kota Makkah amat digeruni oleh kaum musyrikin Quraisy, kerana Nabi mendapat sokongan padu dari ribuan kaum muslimin Madinah. Tiada seorangpun dari kalangan kafir Quraisy yang berani mencabar ketibaan Nabi di bumi Makkah, walaupun hanya dengan kata cemuhan, kerana mereka telah patah semangat. Tokoh-tokoh Quraisy Makkah kehilangan wibawa di kalangan pengikutnya, disebabkan kehebatan Rasulullah s.a.w. dengan ribuan penyokongnya dari Madinah.
Sokongan padu penduduk Madinah terhadap Nabi s.a.w. menyebabkan musyrikin Makkah patah semangat dan tidak berani menentang Nabi s.a.w.. Mereka sedar sokongan penduduk Madinah adalah disebabkan ajaran yang dibawa oleh Nabi adalah benar. Semestinya mereka tidak mampu untuk 'menongkah arus', akibatnya puak musyrikin yang akan lemas dan tewas oleh rempuhan arus kebenaran Islam. Itulah faktor utama yang menyebabkan kafir Quraisy tidak terdaya untuk angkat muka menghadapi kebangkitan umat muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w..
Banyak iktibar yang diperolihi dari hijrah Rasulullah s.a.w., pertamanya mengenai Saidina Abu Bakar yang dipilih oleh Nabi menjadi sahabat seperjalanan ketika berhijrah ke Madinah. Sedangkan ramai di kalangan sahabat yang lain, terutamanya sepupu Nabi iaitu Saidina Ali bin Abi Talib yang sedia untuk berbakti bagi mengiringi dan menjaga keselamatan Nabi untuk tujuan tersebut.
Para ulama telah meneliti dengan mendalam bahawa hasil dari pemilihan Abu Bakar oleh Nabi s.a.w. sebagai orang kawan atau teman yang kerap di dampingi semasa susah dan senang ketika di Makkah, serta menjadi teman dalam perjalanan hijrah yang sungguh dramatik dan mencemaskan itu, menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. terlalu menyayangi Abu bakar Ash-Shiddik. Pemilihan Nabi terhadap Abu bakar sememangnya tepat, kerana terbukti kesetiaan dalam masa yang begitu genting ketika diburu oleh Quraisy Makkah semasa hendak meninggalkan Makkah.
Seseorang itu tidak tahu kejujuran dan kesetiaan seorang rakan, kecuali apabila telah teruji bersama menghadapi kesusahan. Lazimnya bagi manusia berkawan ketika senang, tetapi berkongsi kesusahan adalah bukti keikhlasan dalam mengharung persahabatan. Siapakah yang sudi mendampingi seseorang ketika orang itu susah, walaupun tidak dipinta. Sesungguhnya Abu bakar As-Siddiq telah membuktikan keikhlasan dan kejujurannya terhadap usaha dakwah Nabi yang menghadapi penentangan berterusan dari kuffar Quraisy Makkah, sehingga terpaksa mengharungi bahaya buruan yang mengancam nyawa mereka berdua.
Pengalaman hidup Nabi s.a.w. ketika di Makkah, maka baginda mengambil Abu Bakar sebagai sahabat dan rakan ketika menempuh saat-saat kritikal dan genting.
Selain Abu Bakar seorang sahabat yang paling disayangi oleh Nabi s.a.w., ia juga membuktikan hubungan erat Nabi s.a.w. dengan para sahabatnya di Makkah seramai kira-kira tiga ratus orang itu, maka paling akrab persahabatan Nabi s.a.w. ialah Abu Bakar.
Keakraban antara Nabi s.a.w. dan saidina Abu Bakar adalah menjadi isyarat bahawa Abu Bakar adalah orang yang paling layak mengganti Nabi s.a.w. setelah ketiadaanya. Walaupun Nabi s.a.w. tidak pernah menyebutnya secara jelas, namun isyarat itu terlalu jelas untuk difahami oleh para sahabat yang lain.
Oleh  TUAN GURU HJ. NIK ABD. AZIZ NIK MAT

Dalam menghadapi hari-hari mendatang,kadangkala manusia itu di uji dengan 1001 ujian yang menuntut kecekalan dan ketabahan hati.Ujian,dugaan yg penuh kepahitan sudah tentu cukup untuk membuatkan kita patah semangat,hilang keyakinan diri,mudah berputus asa,terkeliru dari tujuan asal dan amat memeritkan hati , perasaan dan sebagainya, Oleh itu,seringkali anda memerlukan satu dorongan dan ketetapan yg mantap utk membawa kekuatan menempuh hari misteri "ESOK"maka kekuatan itu dikenali sebagai "IMAN" Iman harus bermula dari hati, dilafazkan dengan lidah dan dibuktikan dengan anggota badan. kekuatan dan keteguhan iman yang mengkristal di hati akan memancarkan keberanian proklamasi melalui lidah sebagaimana yang dicontohi..insyaallah...
Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya. Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya. Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.