Etika Penggunaan Emel Dan Internet.
1.0 TUJUAN
Memastikan penggunaan yang berkesan
tanpa memberi impak negatif ke
atas capaian kepada sistem-sistem aplikasi lain yang beroperasi di dalam jaringan.
atas capaian kepada sistem-sistem aplikasi lain yang beroperasi di dalam jaringan.
2.0 TUMPUAN MASALAH
Dua (2) faktor penting yang mempengaruhi
keupayaan jaringan dalam
memberi perkhidmatanyang optimum
ialah :
a. Memilih masa penggunaan yang
sesuai; dan
b. Cara penggunaan yang betul.
3.0 HAK PENGGUNAAN EMEL DAN INTERNET
Kemudahan penggunaan emel dan
internet adalah tertakluk kepada peraturan
jabatan dan boleh ditarik balik jika
penggunaannya menyalahi peraturan
tersebut.
4.0 KAEDAH PENGGUNAAN YANG BETUL
(do’s and don’ts)
4.1 AKAUN emel
a. Katalaluan (password) emel
hendaklah dirahsiakan dari pengetahuan
umum;
b. Mengaktifkan emel pada seluruh
waktu kerja;
c. Menggunakan akaun emel milik
persendirian yang rasmi di dalam urusan
kerja-kerja rasmi;
d. Tidak membabitkan diri di dalam
aktiviti penyamaran alamat emel.
4.2 PENYENGGARAAN KOTAK MEL
Penyenggaraan kotak mel pada
komputer mikro adalah menjadi
tanggungjawab setiap pengguna. Tugas-tugas
itu merangkumi:
a . Menghadkan jumlah mel yang harus
disimpan;
b . Menghapuskan mel-mel yang tidak
penting;
c . Mel-mel yang penting dan
berbentuk rahsia atau peribadi hendaklah
dipindahkan ke tempat yang lebih selamat;
4.3 PENYEDIAAN emel
a. Berikan mel tajuk (subject) yang
sesuai untuk mengambarkan
isikandungannya;
b. Mel yang bertajuk akan memudahkan
penerima memberi keutamaan ke
atas mel-mel yang akan dibaca atau dirujuk;
c. Tulis kandungan mel sama seperti
anda akan menulis di atas kertas;
d. Amalkan menulis kandungan mel dengan
ringkas dengan penggunaan
bahasa yang betul dan sopan;
e. Kandungan mel tidak seharusnya mengandungi
maklumat rahsia atau
peribadi;
f. Kandungan mel yang tersusun akan
kelihatan teratur dan mudah dibaca;
g. Gunakan tandatangan (signature)
bagi membolehkan penerima mendapat
maklumat asas mengenai diri anda;
h. Amalkan penggunaan buku alamat
(address book) untuk menyimpan
alamat-alamat emel yang akan digunakan kemudian nanti.
i. Jika anda melampirkan fail ‘attachment
file’, pastikan saiz fail itu tidak
terlalu besar; dan
j. Elakkan diri dari menggunakan
kemudahan emel untuk tujuan menghasut,
aktiviti lain yang ditegah oleh
undang-undang siber.
4.4 PENGHANTARAN emel
a. Jangan libatkan diri anda dalam aktiviti
penghantaran mel sampah(flaming),
mel bom (mail bombing) dan mel spam;
b. Pastikan dengan betul alamat emel
yang hendak dihantar;
c. Gunakan kemudahan arahan (cc:)
dan (bcc:) untuk menyalinkan mel
kepada orang tertentu; dan
d. Mel yang tidak berjaya dihantar
akan berada di dalam folder outbox dan
boleh diedit untuk dihantar semula.
4.5 MEMBUKA emel
a. Memeriksa kotak mel dalam
jangkamasa waktu yang sesuai kerana ada
mel perludiambil perhatian atau tindakan segera; b. Jawab mel yang
dirujuk
denganmenggunakan arahan (reply:) atau (reply all :) dimana perlu; dan
c. Arahan forward membolehkan mel yang
diterima dipanjangkan kepada
orang lain.
4.6 MENJADI AHLI DALAM SENARAI MEL
(MAILING LIST) ATAU
KUMPULAN PERBINCANGAN (DISCUSSION GROUP)
a. Pilihlah kumpulan perbincangan
atau senarai mel yang sesuai dan sihat
untuk mendapatkan maklumat yang relevan;
b. Jangan daftarkan diri anda dalam
senarai mel tertentu yang menyebabkan
anda menerima sejumlah mel yang banyak pada setiap hari ;
c. Apabila seseorang menawarkan
sesuatu perkhidmatan atau memohon
nasihat, jawablah dengan tertib dan jujur;
d. Mel komen peribadi hendaklah
dihantar kepada penerimanya sahaja dan
bukan kepada semua ahli;
e. Anda seharusnya mengeluarkan
alamat emel daripada senarai mel atau
kumpulan perbincangan apabila anda beranggapan ianya tidak banyak
memberi faedah dan berunsur negatif;
f. Berilah pendapat yang sihat dan
jawablah segala pertanyaan dengan tertib
dan elakkan dari pertelagahan; dan
g. Gunakan sumber rujukan untuk
menerangkan sesuatu yang pada
anggapan anda sukar difahami atau sukar diterima oleh ahli lain.
5.0 INTERNET
5.1 MELAYARI WORLD WIDE WEB (WWW)
a. Browse atau carilah maklumat
menerusi WWW yang berkaitan dengan
tugas anda sebagai penjawat awam.
b. Bertindaklah sebijak mungkin di
dalam membuat carian (searching) dengan
mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini;
c. Memilih enjin pencari yang sesuai
agar carian itu dapat dilakukan dengan
lebih efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih cepat;
d. Elakkan diri anda dari melawat
laman-laman yang akan menjatuhkan
maruah anda dan imej jabatan;
e. Anda juga dilarang daripada
melawat laman-laman yang memuatkan
maklumat anti kerajaan atau subversif yang bertentangan dengan undang-
undang negara;
f. Amalkan membuat penanda
(bookmark) pada laman yang berfaedah untuk
rujukan kemudian hari; dan
g. Cetaklah dokumen yang difikirkan
akan digunakan untuk tujuan rujukan.
5.2 PROSES MEMINDAHKAN FAIL
a. Aktiviti pemindahan fail
seharusnya dilakukan selepas waktu pejabat;
b. Pastikan anda mempunyai ruang
storan yang mencukupi sebelum
melakukan aktiviti pemindahan itu;
c. Cakera keras (hard disk)
memerlukan ruang storan sebesar 40 MB untuk
membolehkan sistem pengoperasian
berjalan dengan lancar;
d. Kaedah memindah fail yang biasa
ialah dengan menggunakan arahan File
Transfer Protocol (FTP), HyperText Transfer Protocol (HTTP) atau proses
‘downloading’ biasa;
e. Baca dan fahami akan tawaran atau
syarat-syarat tersebut sebelum anda
memulakan aktiviti itu;
f. Adalah menjadi tanggungjawab
pengguna untuk menyemak keperluan
hakcipta dan mematuhi segala peraturan mengenainya;
g. Segala bentuk perjanjian
perkhidmatan dan urusniaga elektronik (kad
kredit) yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab pengguna
sepenuhnya;
h. Jika anda akan melakukan
urusniaga elektronik, pastikan pembekal
memproses permohonan itu dengan menggunakan pelayan selamat
(secured server).
6.0 KESIMPULAN
Etika ini diharap dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua
peringkat pengguna bagimewujudkan masyarakat pengguna emel dan internet yang
bertanggungjawab dan penyayang.Berbanggalah dengan kemudahan yang diberikan ini
dan jadilah pengguna yang bijaksana demi untuk meningkatkan produktiviti
jabatan secara keseluruhannya. Bertekadlah untuk meletakkan diri anda sebagai
penjawat awam yang kompiten dan progresif demi mencapai cita-cita yang menjurus
kepada perkhidmatan awam yang terunggul
di dunia. Etika ini diharap dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua peringkat
pengguna bagimewujudkan masyarakat pengguna emel dan internet yang
bertanggungjawab dan penyayang.Semoga kita semua akan menjadi pengguna yang
lebih bijaksana demi untuk meningkatkan produktiviti jabatan secara
keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment