KENAIKAN SUHU LAUT MEMBERI KESAN BURUK KEPADA KEHIDUPAN IKAN |
Written by Foon Weng Lian |
Friday, 22 April 2011 09:36 |
Selepas mengkaji ikan yang mempunyai jangka hayat yang lama di Lautan Tasman, sekumpulan ahli Biologi mendapati sekiranya suhu dalam lautan semakin meningkat akibat perubahan iklim, maka kitaran hidup ikan tersebut akan terganggu. Maklumat dan data alam sekitar dari Lautan Tasman yang bertarikh awal 1940-an menunjukkan kenaikan suhu di permukaan lautan tersebut telah meningkat sebanyak 2 darjah selsius, yang merupakan kenaikan yang paling ketara di dunia. Apabila lautan menjadi lebih panas, ikan yang berdarah sejuk perlu menyesuaikan diri dengan menambahkan saiz badan mereka. Namun terdapat batasan untuk penyesuaian tersebut, kata pakar-pakar tersebut.
Morwong, sejenis spesis ikan yang
berasal daripada tempat tersebut, merupakan spesis ikan yang menjadi
tumpuan dalam kajian ini untuk menentukan kesan-kesan kenaikan suhu air
kepada ikan. Ikan ini berupaya untuk hidup selama 100 tahun. Ia tidak
berpindah jauh daripada tempat kelahirannya, yang menyebabkan ikan ini
spesimen yang paling sesuai untuk dikaji.
Menurut ahli Ekologi Marin, Ron Thresher, dengan memerhatikan perbandingan pertumbuhan dalam spesis-spesis ikan yang berlainan, mereka mendapati bahawa penurunan kadar tumbesaran dan tekanan untuk menambahkan saiz badan dalam suhu yang lebih tinggi boleh memberikan kesan yang buruk kepada kehidupan spesis-spesis ikan tersebut secara keseluruhan. Hasil kajian ini telah memberikan implikasi kepada masa depan sektor perikanan apabila pelepasan gas rumah hijau yang masih berlaku secara berlebihan. Ini menyebabkan suhu lautan naik di seluruh dunia, tambah Ron Threster. Laporan kajian ini diterbitkan bersama-sama laporan lain tentang keadaan yang kurang menyenangkan dalam sumber ikan di lautan sedunia, iaitu isu alam sekitar hingga penangkapan hidup laut yang berlebihan. Sekiranya keadaan ini berterusan, maka sumber-sumber makanan daripada lautan akan berkurangan. Ini seterusnya boleh memberi kesan yang memudaratkan penduduk yang bergantung kepada sektor perikanan. Foon Weng Lian Forum Air Malaysia |
No comments:
Post a Comment