Enam Inisiatif PPPM Berjaya Dicapai Dalam Tempoh 100 Hari Pelaksanaan, Kata Muhyiddin
BANGI,
10 April (Bernama)-- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata enam daripada 25 inisiatif yang disasarkan tahun ini menerusi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, sudah mencapai
kejayaan membanggakan dalam tempoh 100 hari pertama pelaksanaannya.
Inisiatif tersebut merangkumi pelancaran 1Agenda KPM, penubuhan Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (PADU) dan PADU Corporation, pelancaran dan pengagihan saranan ibu bapa, pengujian guru bahasa Inggeris dalam Ujian Penempatan Cambridge (CPT), pelaksanaan Program Rintis Program Transformasi Daerah dan penyediaan video e-guru.
Inisiatif tersebut merangkumi pelancaran 1Agenda KPM, penubuhan Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (PADU) dan PADU Corporation, pelancaran dan pengagihan saranan ibu bapa, pengujian guru bahasa Inggeris dalam Ujian Penempatan Cambridge (CPT), pelaksanaan Program Rintis Program Transformasi Daerah dan penyediaan video e-guru.
Selain enam inisiatif itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran
berkata 19 inisiatif lagi akan diberikan keutamaan dan tumpuan tahun ini
dalam menjayakan Pelan Transformasi Pendidikan Negara.
"Kita telah menyaksikan 100 hari pertama yang diwarnai pelbagai onak
dan duri. Namun, berbekalan kesedaran akan pentingnya merealisasikan
agenda modal insan negara in, KPM berjaya dan membuahkan hasil yang
dibanggakan.
"Namun, kita tidak seharusnya lalai dan leka memandangkan transformasi
ini masih panjang dan mencabar. Sesungguhnya, laporan pencapaian 100
hari pertama ini adalah langkah pertama daripada seribu langkah yang
bakal dijejak," kata Muhyiddin ketika berucap pada majlis Pencapaian 100
Hari Pertama PPPM 2013-2025, di Sekolah Menengah Jalan 4, Bandar Baru
Bangi, Rabu.
Muhyiddin berkata inisiatif 1Agenda KPM berjaya menyatupadukan semua
bahagian di kementerian itu di bawah satu matlamat iaitu melaksanakan
agenda PPPM secara efisyen dan telus, manakala unit PADU dan PADU
Corporation pula melaporkan status pelaksanaan PPP kepada beliau selaku
menteri.
Menerusi kefasihan guru Bahasa Inggeris (BI), beliau berkata seramai
61,000 guru menjalani ujian kefasihan melalui CPT dan mereka akan terus
diberikan latihan dan sokongan ke arah penambahbaikan tahap kompetensi
dan profesionalisme sebagai persediaan ke arah merealisasikan syarat
wajib lulus BI di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang
2016.
Menerusi inisiatif saranan ibu bapa, katanya sarana pembangunan
dibekalkan kepada ibu bapa supaya menjadi rakan aktif pembelajaran anak
masing-masing dalam usaha membantu meningkatkan prestasi dan pencapaian
anak mereka.
Katanya inisiatif program transformasi daerah pula dirintis di Sabah
dan Kedah, dengan seramai 352 jurulatih mengikuti program Jurulatih
Pakar Pembangunan Sekolah (SISC) serta Rakan Pembimbing Pembangunan
(SIPartner+) dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru, Institut
Aminuddin Baki manakala guru cemerlang pula ditempatkan secara sepenuh
masa di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memberi sokongan kepada
pengetua, guru besar dan guru sekolah.
Video e-guru yang merupakan inisiatif keenam, meliputi himpunan video
terbaik dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran yang boleh
diaplikasikan dalam pengajaran di bilik darjah.
Muhyiddin berkata kerajaan telah mengorak langkah untuk berada dalam
kelompok teratas negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik
di dunia.
"Transformasi pendidikan ini adalah legasi negara yang bukan sahaja
melibatkan 5.5 juta pelajar hari ini, malah seluruh anak bangsa pada
masa akan datang," katanya.
Dalam pada itu Muhyiddin juga bangga terhadap peningkatan peratusan
bilangan prasekolah iaitu daripada 67 peratus pada 2009 kepada 80.5
peratus atau 24,737 prasekolah sehingga 2012.
Selain itu katanya, program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)
turut diperkenalkan kepada semua murid Tahun 1, dengan sasaran 100
peratus murid tiada masalah pembelajaran boleh membaca, menulis dan
mengira apabila melangkah ke Tahap 2.
"Kementerian juga menyediakan bayaran insentif khas kepada semua
pengetua dan guru besar sebagai menghargai usaha kepimpinan sekolah yang
berjaya mencapai kecemerlangan yang ditetapkan atau menunjukkan
lonjakan dalam prestasi sekolah," kata Muhyiddin.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment