Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
“ Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Misi KPM
Membangunkan sistem
pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Matlamat
a.
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bersatu padu.
b.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak
mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Prinsip Etika
Kerja
a.
Niat yang betul.
b.
Perlakuan yang baik.
c.
Penggerak ke arah kebaikan.
d.
Memperkotakan apa-apa yang dikatakan.
e.
Berdisiplin dan beradab.
Nilai-Nilai Utama dalam Etika Kerja
a.
Amanah
b.
Benar
c.
Bijaksana
d.
Bersyukur
e.
Dedikasi
f.
Ikhlas
g.
Penyayang
Piagam Pelanggan
Kami warga
Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
* Menyediakan
sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak
individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara;
* Menentukan
keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan
ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
* Memberi
peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama
dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya;
* Mewujudkan
jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik
dan berteraskan pembaharuan yang berterusan;
* Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana;
* Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin,
bertanggungjawab dan produktif;
* Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan
mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan amalan perkhidmatan
penyayang;
* Memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak
dan keperluan-keperluan pelanggan – murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan;
dan
* Meningkatkan
kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu yang
terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.
Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
Teras 1 : Membina Negara Bangsa
Teras 2 : Membangunkan Modal Insan
Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Teras
Perkhidmatan Awam
Berazam meninggikan
mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh
tanggungjawab
Berusaha mengikis
sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan
penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah
memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam
membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Berpegang teguh
pada ajaran agama
Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
Kami pegawai awam
Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuh
integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk
rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan yang berikut:
Pertama : Berusaha dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan
dan etika jabatan;
Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang
perlakuan jenayah rasuah;
Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan
imej pegawai awam; dan
Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai
murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
Tonggak Dua
Belas
1.
Pengaruh teladan
2.
Kewajipan menjalankan tugas
3.
Keutamaan kesabaran
4.
Peningkatan bakat
5.
Ketekunan membawa kejayaan
6.
Kebijaksanaan berhemat
7.
Menghargai masa
8.
Kemuliaan kesederhanaan
9.
Keseronokan bekerja
10.
Ketinggian peribadi
11.
Nikmat mencipta
12.
Kekuatan sifat baik hati
Rujukan :
www.ippm.edu.my/.../
No comments:
Post a Comment