KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Pengenalan
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu boleh dilaksanakan secara solo mahupun secara bergabungan.
Jenis-Jenis Kemahiran Bernilai Tambah
(a) Kemahiran Berfikir
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu, seperti;
a) Apakah objek itu?
b) Bagaimanakah bentuk objek itu?
c) Apakah kegunaan objek itu?
d) Bagaimanakah menggunakan objek itu?
e) Di manakah dapat memperoleh objek itu?
Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir.
Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran.
(a) Kemahiran Berfikir Kreatif
Ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu
yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu,
pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut
pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan
kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa
aktiviti pemikiran seperti;
i. Menjana idea – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab, menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya
i. Menjana idea – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab, menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya
ii. Membuat inferens – antara contoh aktiviti yang
boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan
awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan
data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh,
membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal,
menyatakan ketetapan awal dan sebagainya.
iii. Menghubung kait – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya.
iv. Meramal – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan, mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya.
v. Membuat hipotesis – antara contoh aktiviti
yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan
cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang perlu dibuktikan
kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan
kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya.
vi. Mensintesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan idea-idea, dan sebagainya.
vii. Mengitlak – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.
viii. Menganalogi – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan, dan sebagainya.
ix. Membuat gambaran mental – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya.
x. Reka cipta – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif, dan sebagainya.
(b)
Kemahiran Berfikir Kritis
ialah
- membuat analisis,
- membuat penilaian,
- membuat sintesis,
- membuat kritikan
- dan menilai
kemunasabahan sesuatu idea
. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan
penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen.
Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan
teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia
akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu pengukurannya.
Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis
akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;
i. Mencirikan – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya.
i. Mencirikan – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya.
ii. Membandingbezakan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan sebagainya.
iii. Mengumpul dan mengkelaskan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya.
iv. Membuat urutan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan sebagainya.
v. Menganalisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya.
vi. Menilai -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya.
vii. Membuat kesimpulan -- antara
contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan
dan sebagainya.
(c) Kemahiran
Berfikir Menaakul ialah ;-
kemahiran
membuat pertimbangan secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum
membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa
contoh kemudian membuat kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan
rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran
rumusan tersebut).
Aktiviti menaakul melibatkan;
i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai.
i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai.
ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan.
(d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis. Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah.
Petunjuk
strategi berfikir ialah;
i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep.
i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep.
ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan.
iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat penentuan.
(b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat.
Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat
menggunakannya untuk tujuan mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan
menghantar maklumat.
Kemahiran ICT bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer
atau internet, malahan juga radio kaset, televisyen dan sebagainya yang bersifat
teknologi.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a)
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari aspek
pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan
ICT).
Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai;
i. Persembahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambar visual dan sebagainya.
ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual berkenaan tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan, dan sebagainya.
Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti;
i. Tutorial -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar maklumat menggunakan email, menonton demostrasi contoh tugasan, dan sebagainya.
i. Persembahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambar visual dan sebagainya.
ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual berkenaan tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan, dan sebagainya.
Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti;
i. Tutorial -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar maklumat menggunakan email, menonton demostrasi contoh tugasan, dan sebagainya.
ii. Penerokaan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan.
iii. Pengaplikasian -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai seperti SPSS, dan sebagainya.
iv. Komunikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama
ada antara individu mahupun dengan ramai individu. Antara mod atau bahan yang
memboleh
(c) Kemahiran Belajar Cara Belajar
Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru.
Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru.
Pendapat
Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood (2007) pula berpendapat BCB
merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas
bersama guru ataupun secara berseorangan membaca buku di perpustakaan.
Bagi Abdul
Hamid Mahmood sendiri BCB merupakan usaha mengembangkan tabiat belajar. Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu (2003) menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid
peka terhadap teknik-teknik pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan murid
meningkat pengetahuan, cekap bertindak dan menyesuaikan diri dengan perubahan
semasa, dan sebagai amalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap
peka diharapkan sistem pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif,
bersikap ingin tahu, rajin berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber
dan matang merumuskan maklumat.
Antara contoh
aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
membuat sumbang saran, aktif menyoal, mengenal pasti idea dan menyusun idea,
mencari sumber maklumat, memilih dan menilai maklumat, membuat pemerhatian, mendengar
secara aktif, mencatat nota atau maklumat atau data, membuat inferensi atau
generalisasi, menyusun data, membuat rujukan silang, berkongsi maklumat,
menepati masa.
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan aspek;
i. Kemahiran pengurusan kendiri -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa, pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan menggalakkan perbincangan.
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan aspek;
i. Kemahiran pengurusan kendiri -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa, pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan menggalakkan perbincangan.
ii. Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati, memahami dan menilai maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya, memberi pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba, berkongsi maklumat dan sebagainya.
iii. Kemahiran membaca -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara luncuran (skimming) seperti membaca tajuk, subtajuk, pendahuluan, ringkasan atau rumusan; membaca secara imbasan (scanning) seperti membaca pantas pendahuluan atau rumusan; bacaan intensif secara terperinci dan tekun; dan bacaan laju dengan cara menambahkan bahan bacaan.
iv. Kemahiran menulis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis atau mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat peta minda, mencatat isi penting dan sebagainya.
v.
Kemahiran mengingat -- antara
contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah menyenaraikan kembali fakta atau isi, menceritakan kembali maklumat yang
dibaca, dan sebagainya.
(d) Kemahiran Kajian Masa Depan
(d) Kemahiran Kajian Masa Depan
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu cara menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. KMD diperkenalkan agar generasi baharu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal ini disebabkan masa depan setiap manusia pasti berubah, penuh dengan cabaran, dan dugaan yang tidak sama dengan masa sekarang.
Dengan adanya
kesedaran KMD diharapkan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan,
rasional, kreatif, dinamik dan matang. Betapapun kita tidak tahun kejadian masa
depan, namun masa depan dapat diramalkan. Misalnya, seseorang yang terlibat
sebagai pengedar najis dadah pasti akan ditangkap dan dihukum pada suatu masa
nanti. Antara aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah;
i. Membuat ramalan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat atau data dan kemudian membuat ramalan, membayangkan berlaku sesuatu (imaginasi), membuat persediaan untuk menghadapi hasil ramalan, dan sebagainya.
i. Membuat ramalan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat atau data dan kemudian membuat ramalan, membayangkan berlaku sesuatu (imaginasi), membuat persediaan untuk menghadapi hasil ramalan, dan sebagainya.
ii. Menjangka akibat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis sebab dan menjangka akibatnya, menganalisis kejadian dan menjangka akibatnya, mengatur strategi mengatasi kebimbangan, membuat persediaan menghadapi sesuatu yang bakal berlaku, dan sebagainya.
iii. Mengendalikan perubahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membincangkan cara-cara mengatasi sesuatu daripada berlaku, membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu, menyesuaikan kebiasaan diri, dan sebagainya.
(e) Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu;
i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan kata-kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya.
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu;
i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan kata-kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya.
ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya, kebolehan menjangka, dan sebagainya.
iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan.
iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan dan ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan masalah, menyampaaikan hasrat dan sebagainya.
v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama.
vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan atau melakonkan tugasan yang diberikan.
vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan, kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan, mengawal kemarahan atau kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu dilaksanakan.
viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri dan orang lain dan mengamalkannya, dan sebagainya.
(f) Kemahiran Pembelajaran Kontekstual
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai.
Pembelajaran
berlaku apabila murid dapat memproses maklumat dengan cara menggabungkan atau
menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu secara
bermakna. Ia berlaku dalam minda dan kemudian diterjemahkan secara nyata sama
melalui kata-kata, perlakuan atau hasilan.
Pengalaman
sedia ada murid itu melibatkan peraturan bahasa, adat budaya, persekitaran
sosial, psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja atau
tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya.
Guru boleh
melaksanakan Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam bilik darjah dalam
pelbagai bentuk pembelajaran seperti;
i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyambungkan cerita, mencipta objek atau mengemukakan idea alternatif, mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa, dan sebagainya.
i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyambungkan cerita, mencipta objek atau mengemukakan idea alternatif, mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa, dan sebagainya.
ii. Mengalami -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan maklumat atau idea sedia ada, reka cipta seperti mencipta ‘kereta luncur’ yang menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat dengan kenderaan air dan kenderaan udara, dan sebagainya.
iii. Mengaplikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencipta objek pelbagai guna, menulis karangan yang mempunyai pelbagai teknik atau laras bahasa, dan sebagainya.
iv. Bekerjasama -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memberi reaksi terhadap permasalahan dalam pembelajaran, aktif menjana pembelajaran bersama, berkongsi idea atau maklumat, dan sebagainya.
v. Memindahkan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat sedia ada dan kemudian memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah, menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain seperti menggunakan objek bersudut (Matematik) untuk melukis mural (Seni Visual), mengarang cerita Sains, memilih corak dan warna yang sesuai untuk pakaian harian, dan sebagainya.
(g) Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme
Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat Perkembangan kurikulum (2001e) Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan dengan membina pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif. Murid membina sesuatu atau pengetahuan mereka dengan menguji idea baharu dan idea sedia ada. Mereka boleh mencipta satu makna baharu atau objek baharu. Tentunya untuk membina sesuatu yang baharu akan memerlukan sesuatu yang sedia ada. Jepun mencipta kereta Toyota adalah berdasarkan kereta Ford yang dicipta oleh Britain. Yang menjadi inti fokus dalam konstruktivisme ialah ‘membina sesuatu yang baharu’ sama ada yang dibina itu objek, konsep, penulisan dan sebagainya. Muhd. Nasrudin Dasuki mencipta Mapen dengan menggabungkan bentuk drama dengan cerpen. Murid boleh membina sesuatu berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada mahupun idea baharu. Hal ini berbeza dengan PK yang menekankan ‘penggabungan idea’ atau ‘hubung kait idea.’ Konstruktivisme dapat membina pemahaman dan pengetahuan baharu.
Aspek pengajaran dan pembelajaran yang boleh
melaksanakan Pembelajaran Konstruktivisme ialah;
i. Mengkonsepsikan idea -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina takrif atau definisi sesuatu.
i. Mengkonsepsikan idea -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina takrif atau definisi sesuatu.
ii. Analisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina rumusan maklumat atau data-data, mengkategorikan maklumat atau data berdasarkan kriteria tertentu, dan sebagainya.
iii. Penghasilan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina objek-objek seperti kenderaan atau rumah masa depan, dan sebagainya.
iv. Hipotesis atau tesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan karangan atau idea perbincangan, membina hipotesis atau ramalan berdasarkan maklumat diperoleh, membina tesis berdasarkan maklumat dan data yang sahih, dan sebagainya.
Kesimpulan
Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah memberi idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih ceria, bermakna dan berkesan. KBT dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan memberi peluang kepada murid melaksanakan KBT dan seterusnya menjadikan pembelajarannya berkesan. Hal ini sesuai dengan tujuan KBT diperkenalkan, iaitu agar dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global.
No comments:
Post a Comment