
Alam Mendamaikan kita
Bisa mencerna ketenangan jiwa
Alam itulah kurniaan milik sementara
Dititip buat kita bergelar hamba
Alam inilah yang kita ada
Cuma satu buat kongsi bersama
Cemar ia maka cemarlah kita
Yang menghairankan cemarnya ia dek kerana makhluk yang dikurnia minda
Sedarkah kita ,kitalah perosaknya
Bila letak duduknya minda tidak pada tempatnya.
AMIR april 2013
AMIR april 2013
No comments:
Post a Comment