Friday, 22 March 2013

SEDARKAH KITA



Sedarkah anda bahawa terdapat banyak impak negatif yang diperoleh hasil daripada kelalaian kita dalam menjaga hutan? Antaranya ialah tanah runtuh. Ini kerana, ketiadaan akar pokok menyebabkan aliran air daripada bukit khususnya tidak dapat diserap oleh akar tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, aliran air tersebut akan terus terserap ke dalam rongga tanah menjadikan struktur tanah tidak stabil serta mudah runtuh. Seperti yang kita ketahui beberapa tahun dahulu terdapat kejadian di negara kita mengalami tanah runtuh yang melibatkan beberapa pangsapuri turut runtuh iaitu Highland Tower di Bukit Antarabangsa.

 Dilaporkan beratus-ratus orang mati dihempap bangunan tersebut. Kemalangan seperti ini masih lagi menjadi mimpi ngeri bagi kita. Selain itu, banjir kilat juga merupakan salah satu implikasi negatif. Ketiadaan pokok-pokok mengganggu kadar serapan air, lantas menyebabkan banjir kilat berlaku. Sebagai contoh, Kajang. Banjir kilat kerap berlaku di Bandar ini terutamanya di kawasan sekitar Metro Kajang. Hal ini berlaku kerana di kawasan tersebut yang dahulunya merupakan hutan telah ditebang dan dijalankan pelbagai pembangunan dan projek. Justeru itu, apabila hujan, air hujan itu akan mengalir ke dalam longkang dan lama-kelamaan air longkng itu penuh. Kemudian air longkang itu melimpah sehingga membanjiri kawasan bawah tempat letak kereta di bawah tanah. Akibatnya banyak kereta rosak dan barangan di kedai-kedai berhampiran rosak. Di jangka, mereka mengalami kerugian beribu-ribu ringgit. 
 
Di samping itu, kemusnahan hutan juga memberikan impak yang buruk kepada flora dan fauna. Mereka kehilangan habitat dan juga makanan. Ini menjejaskan kelancaran ekosistem bukan sahaja negara kita malah juga dunia. Lebih teruk lagi, mereka juga akan mengalami kepupusan. Oleh itu, tidak mustahil bahawa generasi akan datang tidak berpeluang menikmati dan melihat keindahan flora dan fauna. Sanggupkah kita melihat suatu hari nanti generasi masa hadapan tidak kenal apa itu labi-labi, tapir dan sebagainya. Tidakkah kita akan berasa bersalah ketika itu kerana aktiviti kitalah yang menjadi punca kemusnahannya. Sesal dahulu pedapatan, sesal kemudian tidak berguna. 

Implikasi lain pula ialah adalah kemusnahan sumber perubatan. Di Malaysia amnya, ubat-ubatan yang mujarab banyak dihasilkan daripada akar, daun dan juga tumbuhan yang berbunga. Khasiatnya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan juga masalah kesihatan. Antaranya ialah Eurycoma Longifolia yang digunakan untuk mengubati sakit gigi dan sakit buah pinggang. Ubi Keladi Murai, tacca integrifolia digunakan untuk mengubati ruam. Jika semua sumber perubatan ini musnah negara kita akan dilanda masalah ketiadaan sumber ubat-ubatan dan memudahkan tersebarnya penyakit yang mungkin akan meragut beribu-ribu nyawa lagi. Tanpa hutan hujan tropika di dunia ini pada amnya, kita akan kehilangan sumber yang bernilai bagi mencari penemuan ubatan baru. Justeru itu, kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar hutan kita terus terpelihara.
Satu lagi impaknya ialah pertambahan gas karbon dioksida dengan banyaknya. Hal ini amat membimbangkan kerana isu kesan rumah hijau semakin meruncing pada hari ini berikutan terdapat beberapa buah negara besar yang bersikap lepas tangan mengenai tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar. Pokok-pokok hijau amat penting kerana hanya tumbuhan sajalah yang berupaya menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen untuk kita terus hidup.

Friday, 15 March 2013



Assalamualaikum

Warisan Yang Harus Dipelihara




“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapisebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulahsebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yangdigunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentangpentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiapmanusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yanghangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. 

         Buktinya,terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yangdahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang menggangguekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran bermaksud sesuatuperubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba,kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling denganmelepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hinggamenjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatukeadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awamatau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan.

         Masalah pencemaran seperti pencemaran air,tanah,udara sentiasamenghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelahmata sahaja. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil beratterhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakatyang akan datang. Seperti yang kita ketahui,pencemaran boleh diklasifikasikankepada empat jenis yang utama iaitu:-

1. Pencemaran Udara

2.Pencemaran Air

3.Pencemaran Tanah

4.Pencemaran Bunyi

Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar danberusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkanpencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidupmasa hadapan.